Terima Kasih Mak Abah
Hari ni dah saya masuk umur ke-19. Tak putus-putus ucapan hari lahir yang saya dapat. Dari kawan-kawan Jengka, sekolah rendah, TAHAP, Maahad, cikgu-cikgu, ustaz-ustazah. Dan yang paling special dari mak….
Mesej mak:…
Pada hari ini dalam tahun 1991 lahirlah seorang bayi lelaki yg comel, lalu diberi nama MUHAMMAD ASHRAF yg bermaksud mulia. Dengan harapan semoga ia berkelakuan dn berakhlaq mulis. Seterusnya diberi kasih sayang, diberi susu, disuapkan makanan, dimandikan, ditidurkan, dipelihara dan dilindungi walau dari digigit nyamuk sekalipun. Sehingga menjadi seorang pemuda yg kuat dan gagah. Dididik dan diberi pelajaran agama secukupnya. Diberi peluang menghafaz al-Quran. Dan insya-ALLAH akan dihantar ke luar negara. Didoakan dengan yang baik-baik dengan keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Semuanya itu tidak mengharapkan balasan. Kecuali hanya secebis doa “Rabbighfirli wa li walidaiya…”. Jadilah anak yang SALEH yg sentiasa mendoakan ibu bapa. Hanya itu harapan mak dan abah. Marilah kita saling doa mendoakan. Ameen ya Mujibassaileen….
Aduh, sayunya baca mesej mak…. Dari sekecil-kecil tapak tangan didikan mak dan abah masuk ke jiwa. Abah dengan garangnya, mak dengan lembutnya..kedua-duanya bagai check&balance dalam mendidik anak kecil ini.
Kagum betul dengan mak dan abah. Seramai 11 orang anak, alhamdulillah semua jadi manusia. Semuanya mampu berdikari. Kak Yah pernah bagitau “Abah ajar kita buat pilihan dari kita kecik lagi…kita je tak sedar…“. Betul tu…. Kak yah dah jadi seorang ummi mesti memahami hati seorang ibu atau bapa. Didikan abah semacam itulah yang buatkan anak-anaknya boleh ‘hidup’ walau dicampak di mana sahaja…..
Mak pulak lebih menjadi seorang pemujuk, seorang pendidik setia dan sabar pada anak-anaknya. Diajar semua 11 orang anaknya mengaji, alhamdulillah seorang sedang menghafaz al-Quran. Cerita-cerita nabi yang mak ceritakan lebih lekat di kepala dari ustaz-ustazah di sekolah rendah ajar. Pendiam mak rupanya mak banyak bersabar dengan kerenah anak-anak mak.
Dikenang-kenang jasa mak abah, memang tak daya nak balas. Walau 3-4 gulung ijazah pun, belum setanding. Harapnya hadiah terbaik syurga untuk mak dan abah.
Mak abah, doakan anakmu ini dapat mengharungi hidup dengan tenang dan cekal, setenang mak secekal abah.
Ikhlas,
Anakmu….
Star Five – Satu Cinta [ ALLAH IS WHAT WE SEARCH FOR...]
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…
Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…
Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia
Melangkah ke Alam Perniagaan
Baru ini saya mencuba-cuba menerosok ke alam perniagaan. Walaupun dah biasa meniaga tetapi tak pernah bertindak sebagai pengusahanya – cuma pekerja.
Baru tatihan langkah yang kecil, tetapi harapnya dapat menjadi pemulaan yang baik untuk lebih merasakan asam garam menjadi ‘orang duit’. Setakat ni, hasilnya tak seberapa, mungkin sebab usahanya pun tak seberapa. Susah juga ye nak mulakan sesuatu. Dari mana mahu mula? Semuanya membingungkan diri saya.
Alhamdulillah saya dapat menghubungi senior saya di TAHAP, akh Zainul, untuk belajar berniaga dengan beliau. Lantas, saya bersetuju untuk menjadi tukang promosi bahan jualan beliau iaitu KITAB-KITAB ISLAM. Tukang promosi pun tukang promosi lah… yang penting langkah mula itu ada. Jadi, sesiapa nak beli kitab-kitab, sila klik di sini. =)
Alhamdulillah, saya baru sahaja merencanakan satu perusahaan lain dengan sahabat-sahabat saya. Berbekalkan kepakaran yang ada pada mastermindnya, insya-Allah perusahaan ini akan bermula tak lama lagi. Selaku pegawai promosi, saya ingin maklumkan: Nantikan kemunculan “CHUNKY CUCUR”. Akan diperdagangkan di Dewan Makan MTNP setiap malam cuti, insya-ALLAH!

Cucur udang
Kajian pakar menunjukkan 74% golongan kaya adalah usahawan/peniaga, bahkan Rasulullah bersabda yang mafhumnya 9/10 rezeki daripada perniagaan. Inilah sumber semangat untuk meneruskan meneroka alam perniagaan ini. Bahkan, saya ada membeli buku “Nota Jutawan Nota Perniagaan” karya Irfan Khairi. Tips-tips yang sangat berguna. Insya-Allah akan saya praktikkan dalam kedua-dua perusahaan yang saya baru sertai ini.
Aku tinggalkan cinta kerana Allah…
Wahai teman-teman sekalian,
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya. Read more…
Muslimah dan Gambar =)
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku, Dunia internet semakin Read more…
Kaedah Jibril
Menghafal Al-Quran Kaedah Jibril merupakan salah satu kaedah cara menghafal Al-Quran yang diinovasikan oleh salah seorang rakyat Malaysia. Sila klik di sini untuk promosi dan tempahan.
A Fast Hattrick
Hatrik terpantas, dilakukan oleh David Villa (Valencia) dalam saingan Liga Sepanyol 2005/2006, dilakukan dalam masa 5 minit.

Harakahdaily
Ust Nasaruddin Hassan Al-Tantawi